Angin Syurga

"Angin Syurga"
Single oleh Misha Omar
daripada album Set Pilihan Misha
Dilancarkan25 Mei 2012 (Promo CD, Airplay)
19 Februari 2012 (Digital)
20 Julai 2012 (Pek Fizikal)
DirakamkanJanuari 2012
FormatPromo CD, Airplay
GenrePop, R&B dan Balada
SyarikatSony Music Entertainment Malaysia
PenulisM. Nasir/Budi Hekayat
PenerbitM. Nasir
Kronologi single Misha Omar
""Detik Antara Waktu"
(2011)"
"Angin Syurga" ""Untuk Bermimpi"
(2013)"
sunting · sunting di Wikidata

Lagu Angin Syurga (Inggeris: "Sweet Words" (literal); "Winds of Heaven" (translated)) adalah single pengenalan album keempat penyanyi pop handalan Misha Omar yang diterbitkan terlebih dahulu pada 25 Mei 2012 menerusi single pek promosi Shiseido Set Pilihan Misha. Ia mula dikeluarkan secara digital pada 19 Februari 2012 sempena pertunangan penyanyi ini dengan juruterbang Firos Ezzwan Rosly.

Lagu ini dicipta oleh komposer yang juga mentor kepada Misha iaitu M. Nasir dengan lirik nukilan Budi Hekayat. Gandingan M Nasir dan Budi sebelum ini mencetuskan fenomena menerusi lagu Awan Nano nyanyian Hafiz Suip yang memenangi Anugerah Juara Lagu 2011.