Andi Rianto
Andi Rianto | |
|---|---|
| Juga dikenali sebagai | Andi |
| Kelahiran | 7 Mei 1972 Sorong, Irian Jaya |
| Warganegara | Indonesia |
| Genre | Pop |
| Pekerjaan | Penggubah dan penyusun muzik |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Andi Rianto (lahir di Sorong, Papua, 7 Mei 1972; umur 53 tahun) ialah pemuzik dan komposer berkebangsaan Indonesia. Andi merupakan pemimpin Magenta Orchestra. Ia telah terlibat dalam banyak ilustrasi muzik filem dan penggarapan album buat sejumlah artis ternama Indonesia, di antaranya Ebiet G. Ade, Ari Lasso, Rita Effendy, Titi DJ, serta Rossa, dan menghasilkan lagu bagi beberapa artis seperti Agnez Mo, Lyodra Ginting dan Tiara Andini. Andi Rianto juga telah dua kali meraih pencalonan dalam Festival Film Indonesia (FFI) sebagai Penata Muzik Terbaik bagi karyanya dalam filem Arisan (2003) dan Mengejar Matahari (2004), dan meraih Piala Vidia pada tahun 2005 untuk Penata Muzik Terbaik untuk drama siri Bila Kita Pacaran Lagi? (2005).