Agnez Mo
Agnez Mo | |
|---|---|
Agnes Monica di Anugerah Muzik iHeart Radio 2019 | |
| Kelahiran | Agnes Monica Muljoto 1 Julai 1986 |
| Warganegara | Indonesia |
| Nama lain | Agnes Monica (Agnez) |
| Pusat pendidikan | Universiti Pelita Harapan |
| Pekerjaan | |
| Kampung asal | Jakarta,Indonesia |
| Rakan kongsi domestik | Adam Rosyadi |
| Ibu bapa | Ricky Muljoto (bapa) Jenny Siswono (ibu) |
| Hubungan | Steve Muljoto (abang) Chloe Xaviera (anak saudara) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | |
| Diskografi | Lihat: Diskografi Agnez Mo |
| Syarikat rakaman |
|
| Laman web rasmi | www |
Agnes Monica Muljoto (lahir 1 Julai 1986) atau lebih dikenali sebagai Agnez Mo ialah seorang penyanyi, pelakon dan penari Indonesia. Beliau dikenali menerusi sinetron Pernikahan Dini (2001 - 2003) yang ditayangkan di RCTI, beliau berlakon sebagai seorang gadis remaja yang masih duduk di bangku sekolah SMA dan hamil di luar nikah. Selain itu beliau sendiri yang menyanyikan lagu tema sinetron dengan judul sama.Beliau merupakan selebriti terkaya di Indonesia dengan nilai pendapatan kasar sebanyak AS$ 16 juta.
Dengan kejayaannya ini, Agnez berjaya menjadi salah seorang artis yang ternama dan memenangi pelbagai penghargaan hasil dari bakat lakonannya. Dengan kejayaannya dalam drama bersiri,Agnez yang juga penyanyi cilik ini juga sering mengisi runut bunyi drama bersirinya, dan akhirnya menghasilkan album dewasa pertamanya "..And The Story Goes....." (2003). Albumnya mendapat sambutan hangat oleh pendengar dan melambungkan namanya dalam industri hiburan Indonesia. Pada 10 Disember 2005, Agnes Monica melancarkan album keduanya Whaddup A.. '?! (2005). Single pertama berjudul "Bukan Milikmu Lagi". Pada albumnya yang terbaru ini, Agnez berduet dengan Keith Martin (penyanyi asal Amerika Syarikat yang sekarang mencipta kerjaya di Filipina dan juga turut popular di Indonesia dengan lagunya yang berjudul "Because of You") untuk berduet dan menciptakan lagu buat Agnez dalam bahasa Inggeris dengan judul "I'll Light A Candle".
Agnes Monica telah memenangi anugerah selama dua tahun berturut-turut untuk persembahannya di Festival Lagu Asia di Seoul, Korea Selatan pada tahun era-2008 dan 2009 dengan album ketiganya, Sacredly Agnezious (2009).Beliau mula melibatkan diri sebagai seorang penerbit dan penulis lagu. Pada tahun 2010,beliau dilantik sebagai juri rancangan pertandingan bakat, Indonesian Idol. Beliau menandatangani perjanjian rakaman bersama The Cherry Party & Sony Music Entertainment turut menampilkan dua buah lagu single internasional dengan judul "Coke Bottle" (yang menampilkan Timbaland & T.I.) dan melancarkan album "Boy Magnet" yang mengandungi 8 buah lagu bergenrekan R&B Urban termasuk I Am Generation Of Love.
Selain kejayaan komersial, beliau merupakan seorang penyanyi yang menerima beberapa anugerah penghargaan di Indonesia & memenangi berdozen trofi termasuk 17 Anugerah Musik Indonesia, 8 Anugerah Panasonic, 5 Anugerah Nickelodeon Indonesia Kids' Choice Awards, dan 4 Anugerah MTV Indonesia. Beliau menerima Anugerah Artis Asia Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet 2012 di Korea Selatan. Selain itu, beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi duta anti-dadah di negara Asia dan juga duta MTV EXIT dalam memerangi penyeludupan kehidupan manusia sehingga kini.