Andi Bernadee
Andi Bernadee | |
|---|---|
| Kelahiran | Andi Azrul bin Andi Mapangile 30 November 1991 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
| Tahun aktif | 2017–kini |
Andi Azrul Andi Mapangile (lahir 30 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Andi Bernadee merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu "Satu Peluang" dan "Donde". Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama. Beliau juga terkenal menerusi drama pertama lakonan beliau berjudul Melastik Ke Hatimu.