Amuk di Putrajaya 2012
Amuk di Putrajaya 2012 merujuk kepada tindakan amuk Khalil Afandi Hamid (47 tahun) bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya . Khalil didakwa mengaku dirinya "Imam Mahdi" . Pada hari Selasa, 10 Julai 2012 jam 2.30 petang , Khalil Afandi melepasi pondok pengawal keselamatan JPM.
Suspek melibas-libaskan pedang samurai berjaya memasuki kawasan itu setelah menuju ke pos pengawal dan meletakkan pedang samurai di leher polis bantuan.Apabila berada di dalam perkarangan Kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM. Anggota cawangan pencegahan jenayah dan anggota MPV yang sampai kemudian juga diserang oleh kedua-dua suspek menggunakan pedang samurai. Justeru, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan.
Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala Muhdalina, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.