Amstrad GX4000

Amstrad GX4000
PengilangAmstrad
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketiga
Ketersediaan runcit September 1990
MediaKatrij ROM
CPUZilog Z80A 8-bit berkelajuan 4.0 MHz
InputAlat pengawal piawai

GX4000 merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat elektronik yang berpangkalan di Britain, Amstrad pada tahun 1990 di kawasan Eropah. Konsol ini merupakan percubaan syarikat Amstrad untuk bersaing dengan syarikat pengeluar konsol permainan video lain seperti Nintendo dan Sega, namun begitu kurang mendapat sambutan oleh kerana pasaran konsol Sega Genesis dan Super Nintendo Entertainment System yang semakin popular pada ketika itu. Untuk rekod, kurang daripada 40 jenis permainan video dikeluarkan untuk konsol ini, selepas hanya bertahan tidak sampai setahun di pasaran.