Amir Hariri Abd Hadi
Amir Hariri Abd Hadi | |
|---|---|
| أمير هاريري عبد هادي | |
| Setiausaha Agung Pertama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) | |
| Dalam jawatan 17 September 2020 – 25 Jun 2025 | |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Presiden | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 20 Jun 1991 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Parti politik | Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) |
| Pendidikan | SOAS University of London |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
| Laman web | https://muda.my/ |
Amir Hariri bin Abd Hadi (أمير هاريري عبد هادي), atau lebih dikenali sebagai Amir Abd Hadi, atau Amir Hadi, merupakan pengasas bersama serta Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Beliau merupakan seorang aktivis sosio-politik sejak lebih 10 tahun lalu, bermula dari gerakan mahasiswa, menjawat sebagai penyelaras kanan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), serta aktif dalam gerakan pemuda sebagai Setiausaha Agung Liga Rakyat Demokratik (LRD). Beliau adalah penerima biasiswa Chevening (2021/2022), program global UK bagi pemimpin luar biasa, menunjukkan kecemerlangan dan potensi kepimpinannya.