Ameng Spring
Ameng Spring | |
|---|---|
| Kelahiran | Wan Aminuddin bin Wan Ismail 24 November 1968 |
| Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
| Tahun aktif | 1991–kini |
| Pasangan | Dato' Zaidah Awang (k. 1993; c. 2004) Sabariah Zakariah () |
| Anak-anak | 1. Wan Az Aleesa Wan Aminuddin (anak perempuan) 2. Wan Az Evanatassha Wan Aminuddin (anak perempuan) 3. Wan Ammar Haikal Wan Aminuddin (anak lelaki) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop, Balada |
| Alat muzik | Vokal, Gitar |
| Syarikat rakaman | Sony Music Malaysia, Rusa Music |
| Kegiatan berkaitan | Spring |
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "Alias"
Wan Aminuddin bin Wan Ismail yang lebih dikenali sebagai Ameng Spring (lahir 24 November 1968) merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Beliau yang berasal dari Besut, Terengganu memulakan kariernya bersama Kumpulan Spring sebagai vokalis dan telah berkecimpung di dalam bidang nyanyian lebih daripada tiga puluh tahun. Memiliki personaliti yang menarik serta suara yang cukup lunak, Ameng seringkali mendapat perhatian daripada para media serta peminat-peminat beliau.