Amacam TV

Amacam TV
NegaraMalaysia
SloganMemang Lain Macam!
Ibu pejabat Malaysia (MiTV - Saluran 12),
Pemilikan
PemilikMiTV Corporation Sdn Bhd
Pertubuhan indukCyber Music Asia Sdn Bhd
Saluran saudara
Sejarah
Dilancarkan25 Mac 2006 (2006-03-25)
Ditutup31 Oktober 2006 (2006-10-31)
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "slogan"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "web"


Amacam TV ialah salah satu saluran televisyen yang terdapat dalam pilihan stesen berbayar kedua Malaysia, MiTV menerusi Citra yang bersiaran menerusi saluran 12 MiTV. Mottonya adalah ‘Amacam TV…Memang Lain Macam’. Amacam TV dilancarkan pada 25 Mac 2006 pukul 10 pagi di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur oleh Pengerusi MiTV, Datuk Rosman Ridzwan.

Amacam TV bersifat interaktif dan menawarkan pelbagai rancangan menarik mengenai selebriti tempatan. Saluran ini menyatukan program sihat dan asli termasuk persembahan muzik, eksklusif dan juga penyatuan persembahan. Ia merangkumi keseluruhan kandungan aspek kreatif - muzik, video dan multimedia - dalam cara uniknya yang tersendiri.

Amacam TV mensasarkan untuk menjadi program hiburan popular, memberikan maklumat terkini berkaitan selebriti untuk semua institusi televisyen dan muzik, selain memfokuskan peminat muzik di kalangan remaja dan dewasa bawah 40-an.