Alt-right

Alt-right, singkatan dari alternative right (Melayu: sayap kanan alternatif) adalah kelompok orang yang berkongsi ideologi kanan jauh menyangkal arus utama kefahaman konservatisme di Amerika Syarikat. Ia datang daripada aliran pemikiran ketuanan kulit putih, khususnya melalui wahana Internet.

Ia mula dicetuskan seorang pendukung pemikiran ketuanan kulit putih, Richard Spencer pada 2010 untuk mengertikan sebuah gerakan yang berpusat pada nasionalisme kulit putih serta dikatakan cuba menyembunyikan sentimen rasisme dan neo-Nazisme; penggagasan Spencer ini diilham propaganda Nazi yang turut berbicara kritis terhadap orang Yahudi, meskipun dia menafikan diri berpendirian neo-Nazi. Kepercayaan ini turut diterapkan dengan kefahaman antisemitisme dan Neo-Nazisme, nativisme dan Islamofobia, antifeminisme dan homofobia, nasionalisme kulit putih, populisme sayap kanan, dan gerakan neoreaksioner. Konsep tersebut juga berkaitan dengan berbagai kelompok dari nasionalis Amerika, neo-monarkis dan hak asasi lelaki.

Tumpuan terhadap pergerakan ini melonjak naik dengan perkaitannya dengan penggiatan kempen Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 2016.