Alireza Jahanbakhsh
Alireza Jahanbakhsh | |
|---|---|
| Kelahiran | Alireza Jahanbakhsh 11 Ogos 1993 Jirandeh, Iran |
| Warganegara | Iran |
| Pekerjaan | Pemain bola sepak professional |
| Tahun aktif | 2011–sekarang |
Alireza Jahanbakhsh (Jirandeh, 11 Ogos 1993) ialah seorang pemain bola sepak profesional Iran yang bermain sebagai pemain sayap kanan dan pemain tengah menyerang untuk kelab Eredivisie Feyenoord dan pasukan kebangsaan Iran. Beliau mewakili Iran di Piala Dunia FIFA 2014, Piala Asia AFC 2015, Piala Dunia FIFA 2018, Piala Asia AFC 2019 dan Piala Dunia FIFA 2022. Jahanbakhsh turut mewakili Iran di peringkat U20 dan U23.