Aliran Ihsan Resources
Aliran Ihsan Resources Berhad (disingkat sebagai AIR) merupakan syarikat perkhidmatan air Malaysia yang mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan perawatan air. AIR mengkhusus dalam spektrum penuh rawatan air - dari operasi, penyelenggaraan dan pemulihan kemudahan kepada rawatan air. Ia kini mengendalikan dan menguruskan 2 loji rawatan air di daerah Taiping dan Gunung Semanggol di Perak. AIR Berhad juga telah menjalinkan kerjasama dengan rakan strategik domestik dan antarabangsa dan lebih bersedia untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti. Ia dimiliki oleh MMC Corporation Berhad, konglomerat utiliti dan infrastruktur Malaysia.