Alex Rodriguez

Alex Rodriguez
Rodriguez pada tahun 2011
Shortstop / Third baseman
Dilahirkan: (1975-07-27) 27 Julai 1975
Manhattan, New York City, A.S.
Pukulan: Kanan Balingan: Kanan
MLB debut
8 Julai, 1994, untuk Seattle Mariners
Penampilan MLB terakhir
12 Ogos, 2016, untuk New York Yankees
Statistik MLB
Purata pukulan.295
Pukulan3,115
Home run696
RBI2,086
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah
  • 14× All-Star (1996–[1998, 2000–2008, 2010, 2011)
  • Juara World Series (2009)
  • MVP AL (2003, 2005, 2007)
  • 2× Anugerah Sarung Tangan Emas (2002, 2003)
  • 10× Silver Slugger Award (1996, 1998–2003, 2005, 2007, 2008)
  • 4× Anugerah Hank Aaron AL (2001–2003, 2007)
  • Juara pukulan MLB (1996)
  • 5× Home run terbanyak AL (2001–2003, 2005, 2007)
  • 2× RBI terbanyak MLB (2002, 2007)

Alexander Emmanuel Rodriguez (lahir 27 Julai 1975), digelar "A-Rod", ialah bekas pemain besbol profesional Amerika yang beraksi sebagai shortstop dan third baseman. Beliau juga seorang ahli perniagaan dan dermawan. Rodriguez telah beraksi selama 22 musim di Major League Baseball (MLB) bersama pasukan Seattle Mariners (1994–2000), Texas Rangers (2001–2003) dan New York Yankees (2004–2016). Rodriguez ialah pengerusi dan ketua pengarah eksekutif bagi A-Rod Corp serta pengerusi bir Presidente. Beliau merupakan sebahagian daripada pemilik bagi pasukan National Basketball Association, Minnesota Timberwolves. Rodriguez memulakan karier besbolnya sebagai antara prospek yang paling menarik tumpuan dan dianggap sebagai antara pemain besbol terhebat sepanjang zaman.

Beliau kini menjadi pemain pertama dalam jumlah larian dan tapak diperoleh; kedua dalam pukulan tapak tambahan dan RBI, keempat dalam besbol bagi semua pemain dalam sejarah besbol sejak hari lahirnya ke-31. Rodriguez juga memiliki lebih HR, RBI, jumlah larian dan pukulan berbanding pemain terbanyak meraihnya sepanjang zaman iaitu Hank Aaron (RBI), Barry Bonds (HR), Rickey Henderson (jumlah larian) dan Pete Rose (pukulan) yang melakukannya sebelum hari lahirnya ke-31. Beliau juga menjadi pemain termuda yang meraih 500 home run sekali gus meleburkan rekod Jimmie Foxx yang meraihnya pada tahun 1939.

Pada tahun 2009, beliau telah mengaku telah mengambil steroid dari tahun 2001 sehingga 2003 semasa beliau bersama Texas Rangers untuk menjadi pemain yang lebih hebat dalam besbol. Karier beliau telah tamat pada Ogos 2016.