Alenia Aermacchi M-346 Master

M-346 Master
Sebuah M-346FA membawa peluru berpandu udara ke udara AIM-9 tiba di Royal International Air Tattoo 2017.
Peranan Pesawat tempur ringan dan pesawat latihan.
National origin Itali
Pengeluar Alenia Aermacchi
Leonardo S.p.A.
Penerbangan sulung 15 Julai 2004
Pengenalan September 2015
Status Dalam perkhidmatan
Pengguna utamas Tentera Udara Itali
Tentera Udara Israel
Tentera Udara Poland
Tentera Udara Republik Singapura
Dikeluarkan 2004–kini
Dibangunkan daripada Yakovlev-Aermacchi Yak/AEM-130

Aermacchi M-346 Master adalah sebuah pesawat serangan ringan dan pesawat latihan berenjin kembar. Asalnya ia dibangunkan secara bersama dengan Yakovlev sebagai Yak/AEM-130, bagaimanapun kerjasama ini dibubarkan pada tahun 2000. Alenia Aermacchi kemudian membangunkan secara bersendirian M-346 Master, sementara Yakolev meneruskan kerja-kerja pembangunan Yakovlev Yak-130. Penerbangan sulung M-346 dilakukan pada tahun 2004. Pesawat ini kini digunakan oleh tentera udara di Itali, Israel, Singapura, Greece, Turkmenistan dan Poland. Sejak tahun 2016, pengeluar adalah Leonardo-Finmeccanica setelah Alenia Aermacchi bergabung dan membentuk Finmeccanica baharu, sebelum akhirnya dijenamakan semula sebagai Leonardo pada tahun 2017.