Alcázar Seville
| Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
|---|---|
Perkarangan Patio de la Montería | |
| Kriteria | i, ii, iii, vi |
| Rujukan | 383-002 |
| Inskripsi | Sesi 1987 (ke-11 ) |
| Koordinat | 37°23′02″N 5°59′29″W / 37.38389°N 5.99139°W |
Alcázars Seville (Sepanyol: Reales Alcázares de Sevilla; Bahasa Melayu: Istana Diraja Sevilla), dalam sejarah juga dikenali sebagai al-Qasr al-Muriq (القصر المُورِق, Istana Menghijau) dan biasanya dikenali sebagai Alcázar Seville (Sebutan Sepanyol: [alˈkaθaɾ]), ialah istana kerajaan di Seville, Sepanyol, yang dibina untuk raja Kristian, Pedro dari Castile. Ia dibina oleh orang Kristian Castile di tapak sebuah alcazar, atau kubu kediaman Muslim Abbadid yang telah musnah setelah penaklukan Kristian di Seville. Istana ini adalah contoh seni bina Mudéjar yang terkenal di Semenanjung Iberia tetapi menampilkan elemen reka bentuk Goth, Renaissance dan Romanesque dari peringkat pembinaan sebelumnya. Tingkat atas Alcázar masih lagi didiami oleh kerabat diraja apabila mereka berada di Seville, dan ditadbir oleh Patrimonio Nacional. Ia didaftarkan pada tahun 1987 oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, bersama dengan Katedral Seville dan Arkib Umum Hindia.