Seni bina Goth

Seni bina Goth ialah gaya seni bina yang berkembang pada lewat Zaman Pertengahan. Ia terbit daripada seni bina Romanesque dan kemudiannya diganti oleh seni bina Zaman Pembaharuan. Gaya ini yang berasal daripada negara Perancis abad ke-12 dan bertahan sehingga abad ke-16, dikenali pada zaman itu sebagai Opus Francigenum ("Karya Perancis"); kata Goth mula-mula muncul lewat Zaman Pembaharuan. Ciri-ciri gaya ini termasuk gerbang tajam, kekubah beralur dan banir berjangkang. Seni bina Goth paling sering kelihatan pada katedral, biara dan gereja Eropah. Gaya ini juga digunakan buat pembinaan-pembinaan istana kota, istana, dewan bandaran, dewan perseikatan, universiti dan juga kediaman peribadi.