Alberta

Alberta
Cogan kata: Fortis et liber ("Kuat dan bebas")
Koordinat: 54°30′N 115°0′W / 54.500°N 115.000°W / 54.500; -115.000
NegaraKanada
Sebelum konfederasiDaerah Alberta, Assiniboia, Athabasca, Saskatchewan
Konfederasi1 September 1905 (1905-09-01) (dipisahkan daripada Wilayah Barat Laut) (Ke-10, dengan Saskatchewan)
Ibu kotaEdmonton
Bandar terbesarCalgary
Metro terbesarKawasan Calgary
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan berparlimen
 • Leftenan GabenorSalma Lakhani
 • PremierDanielle Smith
PerundanganPerhimpunan Perundangan
Wakil persekutuanParlimen Kanada
Kerusi di Dewan37 daripada 343 (10.8%)
Kerusi di Senat6 daripada 105 (5.7%)
Keluasan
 • Jumlah661,849 km2 (255,541 batu persegi)
 • Tanah640,082 km2 (247,137 batu persegi)
 • Air19,532 km2 (7,541 batu persegi)  3%
 • Pemeringkatanke-6
 6.6% Kanada
Penduduk
 (2021)
 • Jumlah4,368,370
 • Anggaran 
(Q2 2025)
4,980,659
 • Pemeringkatanke-4
 • Kepadatan6.82/km2 (17.7/batu persegi)
Demonim
Bahasa rasmiInggeris
KDNK
 • Kedudukanke-3 (provinsi)
 • Jumlah (2023)$459.288 bilion
 • Per kapita$101,818 (pertama (provinsi), ≈ke-4 (lihat Senarai negara mengikut KDNK (nominal) per kapita (global))
IPM
 • HDI (2023)0.955 (pertama (provinsi), ke-8 (global) (lihat Senarai negara mengikut Indeks Pembangunan Manusia))
Zon waktuUTC−07:00 (Pergunungan)
 • Musim panas (DST)UTC−06:00 (DST Pergunungan)
Singkatan pos
AB
Awalan poskod
T
Kod ISO 3166CA-AB
BungaRosa acicularis
PokokPinus contorta
BurungBubo virginianus
Kedudukan meliputi semua provinsi dan wilayah

Alberta (البرتا) /ælˈbɜrtə/ adalah sebuah negeri di Kanada. Anggaran populasi negeri ini ialah 3.6 juta pada tahun 2011, menjadikanya negeri prairi paling padat penduduknya di Kanada. Alberta dan negeri jirannya, Saskatchewan telah ditubuhkan sebagai negeri pada 1 September 1905. Negeri Alberta terletak di Barat Kanada di mana ia bersempadanan dengan British Columbia di barat, Saskatchewan di timur, Wilayah Barat Laut di utara serta negeri Montana Amerika Syarikat (A.S.) di selatan. Ia juga adalah satu daripada tiga negeri dan wilayah yang bersempadanan dengan hanya sebuah negeri di A.S. dan salah satu daripada dua negeri yang dikelilingi oleh daratan.

Edmonton, ibu kota Alberta, terletak berhampiran dengan pusat geografi negeri dan ia merupakan hab perkhidmatan dan bekalan utama bagi minyak dan pasir di Kanada serta sumber dari bahagian utara negara yang lain. 300 kilometer (190 batu) ke selatan ibu kota ini terletaknya hab bagi pengangkutan dan pengedaran merangkap bandar terbesar di Alberta iaitu Calgary.

Nama Alberta diambil sempena nama Puteri Louise Caroline Alberta (1848–1939), anakanda perempuan ke-4 kepada Ratu Victoria, Ratu Kanada sehingga tahun 1901 dengan Putera Albert. Nama Gunung Alberta juga diambil daripada Puteri Louise sebagai tanda penghormatan.