Dewan Rakyat Kanada

Dewan Rakyat Kanada
ديوان رعيت کانادا
[House of Commons of Canada] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)
[Chambre des communes du Canada] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)
Parlimen ke-42
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Geoff Regan, Liberal
sejak 3 Disember 2015
Justin Trudeau, Liberal
sejak 4 November 2015
Pemimpin Kerajaan
Bardish Chagger, Liberal
sejak 19 Ogos 2016
Pemimpin Pembangkang
Andrew Scheer, Konservatif
sejak 27 Mei 2017
Pemimpin Dewan Pembangkang
Candice Bergen, Konservatif
sejak 15 September 2016
Struktur
Ahli338
Kumpulan politik
GajiC$172,700
Pilihan raya
Sistem pengundian
Pilihan raya terakhir
19 Oktober 2015
Pilihan raya seterusnya
Dijadualkan pada 21 Oktober 2019
Tempat persidangan
Blok Pusat, Bukit Parlimen, Ottawa
Laman sesawang
www.ourcommons.ca
sunting

Dewan Rakyat Kanada (Bahasa Inggeris: House of Commons of Canada; Bahasa Perancis: Chambre des communes du Canada) merupakan salah satu kompenan dalam Parlimen Kanada di samping Ratu (diwakili oleh Gabenor Jeneral) dan Dewan Senat. Dewan ini merupakan badan yang dipilih melalui pilihan raya dan ia terdiri daripada 338 ahli yang dikenali sebagai Ahli Parlimen. Setiap ahli dipilih melalui sistem pengundian kemajmukan atau pemajmukan mudah di setiap daerah pilihan raya (juga dikenali sebagai ridings). Ahli Parlimen boleh memegang jawatan sehingga Parlimen dibubarkan dan berkhidmat selama lima tahun mengikut penggal dalam perlembagaan yang terhad selepas sesuatu pilihan raya. Walau bagaimanapun, dari segi sejarah, penggal tersebut berakhir sebelum tamat tempoh mereka dan kerajaan sekarang biasanya dibubarkan oleh Parlimen dalam tempoh empat tahun sesuatu pilihan raya mengikut kelaziman yang sejak sekian lama. Walau apapun, Akta Parlimen kini menghadkan setiap penggal adalah selama empat tahun. Kerusi di Dewan Rakyat dibahagikaan secara kasarnya mengikut kadar penduduk setiap negeri dan wilayah. Walau bagaimanapun, sesetengah ridings mempunyai lebih ramai penduduk daripada yang lain dan perlembagaan Kanada mengandungi beberapa peruntukan khas mengenai perwakilan di setiap wilayah dan negeri.

Dewan Rendah Kanada diasaskan pada tahun 1867 apabila Akta Perlembagaan 1867, yang sebelum ini Akta BNA (Akta Amerika Utara British), telah membentuk Dominion Kanada, dan Dewan tersebut mencontohi cara Dewan Rakyat British. Dewan Rakyat mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi berbanding dewan pertuanan iaitu Senat dan kedua-dua dewan tersebut telah membentuk Parlimen. Dewan Rakyat Kanada terletak di Blok Pusat di Bukit Parlimen dekat Ottawa, Kanada.