Alat kontraseptif dalam rahim
Alat kontraseptif dalam rahim/uterus (Jawi: الت كونتراسيڤتيف دالم رهيم; bahasa Inggeris: intrauterine contraceptive device, IUCD) adalah alat yang kecil dan berbentuk huruf T yang dimasukkan ke dalam rahim yang digunakan untuk mengelakkan mengandung. Alat ini selamat digunakan dan berkesan pada remaja perempuan dan juga mereka yang belum mempunyai anak. Setelah IUD dikeluarkan, walaupun setelah penggunaan dalam jangka panjang, kesuburan kembali normal dengan cepat.