Alanis Morissette
Alanis Morissette | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai | Alanis (mul) , Nadine (mul) |
| Kelahiran | 1r Jun 1974 Ottawa |
| Warganegara | Kanada dan Amerika Syarikat |
| Genre | Muzik rock, dance-pop, rock alternatif, pop-rock, post-grunge |
| Pekerjaan | Penyanyi-penggubah lagu, penyanyi, pelakon, pelakon pentas, pelakon televisyen, pelakon filem dan artis rakaman |
| Alat muzik | Suara, gitar, seruling, harmonika dan piano |
| Tahun aktif | 1991 |
| Diskografi | Lihat: Alanis Morissette discography (en) |
| Syarikat rakaman | Maverick (en) MCA Records (mul) Warner Bros. Records |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Suami/isteri | Souleye (en) |
| Pasangan/bekas pasangan | Ryan Reynolds (2002–2007) |
| Ibu | Georgia Feuerstein (en) |
| Bapa | Alan Richard Morissette (en) |
| Adik-beradik | Wade Morissette (en) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | alanis.com |
| Pautan lain | |
| Tandatangan | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Alanis Morissette (lahir Alanis Nadine Morissette di Ottawa, 1 Jun 1974) ialah penyanyi, penggubah lagu, penerbit rakaman dan pelakon wanita kelahiran Kanada yang berkerakyatan Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai salah seorang penyanyi dengan penjualan album antara yang tertinggi dalam sejarah industri muzik. Alanis juga telah memenangi tujuh Anugerah Grammy setakat ini.
Beliau memulakan perjalanan sebagai penghibur di Kanada dengan kemunculan dua album pop sewaktu kecil, Alanis dan Now is the Time di bawah naungan MCA Records. Namun album antarabangsa Alanis pertama Jagged Little Pill yang berunsurkan rock, menjulang nama beliau ke persada dunia hiburan. Jagged Little Pill terjual sebanyak tiga puluh juta unit, menjadikannya album pendatang baru wanita terlaris sepanjang waktu. Menurut United World Chart, Jagged Little Pill ialah album kedua terlaris sepanjang waktu selepas Come on Over oleh Shania Twain.
Alanis bertanggungjawab menerbitkan album-albumnya yang berikut, termasuk Supposed Former Infatuation Junkie, Under Rug Swept dan So-Called Chaos.
Beliau telah mempengaruhi pemuzik-pemuzik wanita khasnya dalam dekad 2000 seperti Kelly Clarkson, Michelle Branch, Pink dan Avril Lavigne.