Al-Lāt
Al-Lāt atau Al-Lātta (Arab: اللات) ialah berhala dewi yang disembah oleh orang-orang Arab Jahiliah dan dianggap sebagai salah satu daripada tiga dewi utama Makkah.
Al-Lāt mempunyai makna "Sang Dewi". Berhala ini disebut dalam al-Quran (An-Najm 53:19), yang menandakan bahawa orang Arab pra-Islam menganggapnya sebagai salah seorang anak perempuan Tuhan bersama dengan Manāt dan al-‘Uzzá.
(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Lat" dan "Al-Uzza"... ((An-Najm 53:19)