Berhala
Berhala (Jawi: برهالا pinjaman Sanskrit: भट्टार bhaṭṭāra "yang terhormat", melalui bahasa Jawa Kuno ꦧꦫꦭ bharala "dewa") adalah objek berbentuk makhluk hidup atau benda buatan atau tukangan tangan manusia yang didewakan, disembah mahupun dipuja masyarakat pembuat itu.
Amalan menyembah berhala terdapat dalam banyak agama, terutama agama-agama yang berkepercayaan terhadap berbilang dewa-dewi atau yang mirip sebegitu seperti Hinduisme, paganisme dan sebagainya.