Aku Wanita Biasa adalah merupakan album kompilasi karya Krisdayanti yang diterbitkan pada tahun 2009. Album ini menampilkan dua buah lagu baru iaitu "Aku Wanita Biasa" dan "Jangan Biarkan Cinta Menangis". Sementara sepuluh lagu lainnya merupakan lagu-lagu lama beliau, dimana lima lagu di antaranya telah disusun semula arrangement oleh komposer terkenal Andi Rianto. Setiap pembelian album ini disertakan bonus sebuah DVD berisikan video klip "Aku Wanita Biasa" dan "Dilanda Cinta" serta sebuh buku berjudul My Life, My Secret. Album ini adalah album terakhir hasil kerjasama Krisdayanti dan Anang sebelum pasangan ini bercerai pada Ogos 2009.