Akebi's Sailor Uniform

Akebi's Sailor Uniform (明日ちゃんのセーラー服, Akebi-chan no Sērāfuku, Pakaian Seragam Kelasi Akebi) merupakan sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasi oleh Hiro. Ia telah disirikan secara dalam talian menerusi laman web Shueisha Tonari no Young Jump sejak Ogos 2016, dengan bahagian dikumpulkan dalam sembilan jilid tankōbon. Siri ini telah diadaptasi ke dalam siri TV anime oleh CloverWorks mula ditayangkan pada Januari 2022.