Akar manis
| Akar manis Akar manis cina | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Divisi: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Subkeluarga: | Faboideae
|
| Tribus: | Galegeae
|
| Genus: | |
| Spesies: | G. glabra
|
| Nama binomial | |
| Glycyrrhiza glabra | |
Akar manis atau akar manis cina (bahasa Inggeris U.K: liquorice, A.S.: licorice) adalah tumbuhan saka kekacang spesies Glycyrrhiza glabra yang bertaburan di kawasan Eropah Selatan dan seberapa wilayah Asia seperti India; akar ia diperolehi mempunyai rasa manis dan beraroma tersendiri yang boleh dibuat gula-gula atau pemanis, terutama dalam masakan beberapa negara-negara Eropah dan Timur Tengah. Ia tiada kaitan secara salasilah botani dengan jintan manis, bunga lawang, atau adas meskipun mengandungi sebatian perisa yang sama.
Ekstrak akar ia digunakan dalam ubat-ubatan herba tradisional. Penggunaan pati ini secara berlebihan khususnya asid glisirizinik yang terkandung dalamnya (lebih dari 2 mg/kg/hari tulen) boleh menyebabkan kesan buruk, seperti hipokalemia, peningkatan tekanan darah, dan kelemahan otot.