Akademi Fantasia (musim 8)
Akademi Fantasia Musim ke 8 ialah rancangan realiti musim kelapan yang popular di Malaysia yang mengikut format rancangan realiti di Mexico iaitu La Academia. Pengetua barunya ialah Norman Abdul Halim atau Norman KRU. Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley bertindak sebagai pengacara. Jimmy terkenal menerusi program Trek Selebriti dan juga dikenali sebagai penyampai Era FM.
| Akademi Fantasia | |
|---|---|
| Musim 8 | |
| Dihoskan oleh | Jimmy Shanley Sarimah Ibrahim |
| Juri | Adlin Aman Ramli Aznil Nawawi |
| Bil. peserta | 12 |
| Juara | Shahir Zawawi |
| Naib juara | Adira Suhaimi |
| Lokasi | Dewan Sri Putra, Bukit Jalil |
| Lagu kemenangan | "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" |
| Bil. episod | 10 |
| Keluaran | |
| Rangkaian | Astro Ria |
| Tarikh siaran | 13 Mac – 22 Mei 2010 |
| Maklumat tambahan | |
| Laman web | [1] |
| Kronologi musim | |