Ajinomoto

Ajinomoto Co., Inc.
Nama asli味の素株式会社
Nama rumiAjinomoto Kabushiki-gaisha
Jenis/bentuk sahSyarikat awam (K.K.)
Didagangkan sebagaiTYO: 2802
MYX: 2658
Komponen 70 Besar TOPIX
ISINJP3119600009 
IndustriMakanan
Ditubuhkan17 Jun 1917 (1917-06-17)
(sebagai S. Suzuki & Co. Ltd.)
PengasasKikunae Ikeda 
Ibu pejabatChūō, Tokyo, Jepun
Kawasan perkhidmatan35 negara
Tokoh pentingTakaaki Nishii (Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif)
KeluaranPerasa, minyak masak, makanan beku, pemanis, asid amino dan farmaseutikal
Hasil ¥1,150 bilion (FY 2017)
Pendapatan kendalian ¥83 bilion (FY 2017)
Pendapatan bersih ¥69 bilion (FY 2017)
Jumlah aset ¥1,426 bilion (FY 2017)
Jumlah ekuiti ¥721 billon (FY 2017)
Bilangan kakitangan32,734 (2017)
Anak syarikatAjinomoto (United States), PT Ajinomoto Indonesia 
Tapak webAjinomoto Group
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "caption"

Ajinomoto Co., Inc. (味の素株式会社, Aijinomoto Kabushiki-gaisha) (TYO: 2802 ) ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan, minyak masak, makanan, dan farmaseutikal. Terjemahan harfiah untuk Aji no Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah dipergunakan sebagai cap dagangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat.

Ajinomoto kini mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia, dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion. Syarikat ini aktif di 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan menggaji sekitar 24,861 orang pada tahun 2004.

Perasa monosodium glutamat (MSG), keluaran pengenalan syarikat Ajinomoto, pada asalnya dipasarkan di Jepun pada tahun 1909 selepas ditemui dan dipaten oleh Kikunae Ikeda. Syarikat itu dengan pantas berkembang ke negara-negara yang lain, dengan Ajinomoto USA, Inc. ditubuhkan pada tahun 1956. Sejak dari itu, Ajinomoto telah menjadi sebuah konglomerat yang meluas ke kawasan-kawasan yang lain, walaupun khususnya dalam industri makanan. Ajinomoto kini merupakan sepatah nama generik untuk MSG di sebilangan negara Asia.