Aiskhilos

Aiskhilos
Aeschylus
Aiskhilos
Nama asal
Αἰσχύλος
Lahirs. 525 SM
Eleusis, Yunani
Meninggal dunias. 456 SM
Gela, Sicily, Itali
PekerjaanPenulis drama; askar
WarganegaraYunani
TempohYunani Kuno
GenreTragedi
SubjekKehidupan dan sejarah Yunani
AnugerahMenang di Perayaan Dionysia sebanyak 13 kali.
AnakEuphorion dan Euæon
IbubapaEuphorion (bapa)
Saudara
  • Cynaegirus (saudara)
  • Ameinias (saudara)
  • Philopatho (saudari)
  • Philocles (anak saudara lelaki)


Aiskhilos (Yunani: Αἰσχύλος, Aiskhýlos) atau Aeschylus (525 SM– 456 SM) merupakan seorang penyair dan penulis Yunani Purba. Beliau pernah menulis 70–90 drama dan sering dianggap bapa drama tragedi. Hanya enam daripada semua tragedi beliau yang masih wujud lengkap. Aiskhilos adalah yang terawal daripada tiga penulis tragedi Yunani terbesar. Yang dua lagi ialah Sophokles dan Euripides.

Aristoteles menyatakan bahawa Aiskhilos telah meluaskan bilangan watak dalam drama. Watak-wataknya bercakap dengan satu sama lain dan berbanding sebelum itu apabila watak hanya berinteraksi dengan korus. Ini memudahkan drama dihasilkan antara watak-watak.

Salah satu dramanya, Orang Parsi, adalah tentang Parsi menyerang Yunani. Aiskhilos pernah bertempur dalam perang ini. Orang yang mengkaji sejarah Yunani menggunakan pementasan beliau sebagai sumber maklumat yang penting. Peperangan itu sangat penting kepada orang Yunani dan Aiskhilos, sehingga tulisan di kubur beliau hanya bercakap tentang peranan beliau dalam kemenangan Yunani di Pertempuran Marathon. Tiada apa-apa tentang drama yang ditulisnya.