Air batu campur

Air batu campur
Nama alternatifABC, air batu parut
JenisMinuman dan Pencuci mulut
Tempat asal Malaysia
Kawasan/rantau Malaysia
Dicipta oleh Malaysia
Suhu penghidangantengah hari dan petang
Bahan utamaSusu sejat, susu pekat manis, sirap ros, sirap pandan, agar-agar, cincau, kacang merah, jagung, biji selasih, ais krim
Keragaman/variasiAir batu kacang
sunting · sunting di Wikidata

Air batu campur (Jawi: اءير باتو چمڤور) ataupun lebih terkenal sebagai ABC (Jawi: اي بي سي) merupakan pencuci mulut atau minuman yang terkenal dan berasal dari Malaysia.

Ia merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kacang merah, buah kabung, cendol, cincau, jagung, pemanis, seperti sirap serta air nisan.

Ia menjadi pilihan utama bagi penggemar ketika cuaca sejuk atau panas. Malah kini ia menjadi hidangan di hotel terkenal di Malaysia.