Cendol

Cendol
Cendol
Nama alternatif
JenisPencuci mulut, non-alcoholic beverage 
Tempat asalIndonesia
Suhu penghidanganSejuk
Bahan utamaais bongkah dan parut, tepung beras, tepung ubi, air pandan, santan, gula (melaka, nipah, tebu, aren, perang)
Bahan yang biasa digunakanTepung beras, tepung sagu, Gula Melaka, santan, ais, garam, nangka 
Cara penyediaanMerebus, pembekuan 
Keragaman/variasiDawet
sunting · sunting di Wikidata

Cendol (Jawi: چيندول) atau cendoi (Jawi: چيندوي) adalah pencuci mulut sejuk yang diperbuat daripada tepung beras dan air pandan yang dibentuk secara ditekan melalui penapis ke dalam air, kemudian dicampur dengan sirap gula dari berbagai jenis (baik enau atau aren, tebu, perang, melaka mahupun nipah) dan santan. Ia dikenali di Asia Tenggara dalam rantau Nusantara merangkumi Brunei, Malaysia (terutamanya negeri Johor dan Pulau Pinang), Singapura dan Indonesia bahkan luas melepasinya seperti Kemboja, Vietnam, Thailand, Myanmar.