Aida Khalida
Aida Khalida | |
|---|---|
| Kelahiran | Khalidah Adibah binti Ahmad 11 Ogos 1957 |
| Nama lain | Aida Rahim, Aida Radzwill, Aida Khalida |
| Pekerjaan | Pelakon, pengarah |
| Tahun aktif | 1980–kini |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | Nylea Rahim (1982) |
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"
Aida Khalida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad (Jawi: كالد ادبح بنت احمة; lahir 11 Ogos 1957) adalah seorang pelakon wanita Malaysia yang meraih zaman kegemilangannya pada era 1990-an. Beliau pernah bertukar nama komersial sebanyak dua kali. Sejak tahun 1980, beliau memulakan kerja sebagai model dengan nama Aida Rahim, memandangkan Rahim adalah nama bekas suaminya dan pada tahun 2003 menukar nama kepada Aida Radzwill setelah berkahwin dengan Joe Radzwill dan terkini pada tahun 2010, beliau dikenali dengan nama Aida Khalida selepas beliau berpisah dengan Joe.