Ahmad al-Jaabari
Ahmad Al-Jaabari | |
|---|---|
احمد الجعبري | |
| Kelahiran | Ahmad Said Khalil al-Jaabari احمد سعيد خليل الجعبري 4 Disember 1960 |
| Meninggal dunia | 14 November 2012 (berumur 51–52) |
| Sebab kematian | Serangan udara |
| Warganegara | Palestin |
| Pusat pendidikan | Universiti Islam Gaza |
| Terkenal kerana | Serangan rentas sempadan Hamas 2006 |
Ahmad Said Khalil Al-Jaabari (Arab: أحمد الجعبري; 1960 – 14 November 2012) (kadangkala ditulis Jabari atau Ja'bari atau Ja'abari) ialah seorang aktivis politik Palestine dan orang nombor dua dalam sayap tentera Hamas sebelum kematiannya. Beliau dikreditkan sebagai ketua dalam pengambilalihan Genting Gaza oleh Hamas, memimpin pelancaran roket Qassam ke Israel, dan memainkan peranan dalam penawanan askar IDF Gilad Shalit.