Nubhan
Nubhan | |
|---|---|
نوبهان | |
| Kelahiran | Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad 2 April 1986 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, model, pengacara |
| Tahun aktif | 2008–kini |
| Ketinggian | 182 cm (6 ka 0 in) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop Melayu, Balada |
| Syarikat rakaman | Nubhan Records & Productions NAR Records |
| Kegiatan berkaitan | Stacy, Nadia Hasnan, Michael Ang, Adi Priyo, Dato' M. Nasir, Tam Spider, Mila Jirin, Siti Nordiana |
Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan (lahir 2 April 1986) ialah seorang bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam dan berjaya menduduki tempat ketiga pada musim tersebut. Berasal dari daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Jejaka ini merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik dan mempunyai ketinggian 182cm.
Mempunyai suara yang gemersik, Nubhan mengetengahkan irama Pop Melayu Moden dalam muziknya. Album sulungnya Langkah Nubhan telah dilancarkan pada bulan Disember 2010 dengan beberapa lagu hit seperti Oh Juwita, Seadanya Aku, Aku Atau Dia dan Mata Hati serta sebuah lagu mandarin "Ai Mei Chuo"