Ahmad Adnin bin Roslan
Adnin Roslan | |
|---|---|
| Nama asal | أحمد عدنن بن روسلان |
| Lahir | Ahmad Adnin bin Roslan 23 Mei 1992 Klang, Selangor. |
| Nama pena | Adnin Roslan |
| Pekerjaan | Penulis Penceramah Penyanyi Komposer Penulis lirik |
| Ketua Pegawai Eksekutif Sentap Press Sdn. Bhd. | |
| Menyandang jawatan 2014 | |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Digantikan oleh | Masih menyandang |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Warganegara | Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Alma mater | Sekolah rendah islam hira'.
Maahad Tahfiz Alquran Hira'. Sekolah menengah islam Hira'. Akademi Ikatan Muslimin(STAM). Universiti Al Azhar Mesir. MEDIU. |
| Tempoh | 2014 |
| Genre | Motivasi Islamik |
| Tahun aktif | 2014 |
| Ibubapa | Datuk Haji Roslan Nordin Datin Dr. Hajah Sabariah Faridah Jamaluddin |
| Laman web | |
| https://tarbiahsentap.com | |
Ustaz Haji Ahmad Adnin bin Datuk Haji Roslan (Tulisan Arab: ْأَحْمَدْ عَدْنٍ بـِنْ رُسْلَان) merupakan seorang penulis kepada syarikat yang diasasnya, Tarbiah Sentap. Anak kelahiran Selangor ini berjaya memecahkan pasaran buku Malaysia , apabila buku beliau terjual lebih 800,000 naskhah, dan buku-buku beliau sering menaiki carta "bestseller" no 1 di POPULAR, MPH, SMO. Followers TikTok beliau telahpun mencecah lebih 2.7 juta, manakala instagram beliau mencecah lebih 800,000 followers. Selain dari menulis buku, beliau juga merupakan komposer, penulis lirik, dan penyanyi. Antara lagu yang beliau nyanyikan ialah "Seni Berdamai Dengan Takdir" featuring Naim Daniel, yang pernah menduduki carta trending nombor 1 di youtube Malaysia, dan nombor 1 di Rim Chart selama lebih 7 minggu, sebagai lagu yang paling banyak di dengari. Selain itu, beliau juga menyanyikan lagu "Tuhan Aku Ingin Sembuh, "Tuhan Aku Ingin Hijrah", "Tuhan Aku Ingin Jumpa Nabi" dan banyak lagi. Beliau juga telah menghasilkan lebih dari 60 lirik tular dan mencecah jutaan tontonan di youtube.