Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang terdiri daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah dilantik oleh Menteri Besar bagi memegang portfolio tertentu. Kini, majlis tersebut diketuai oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail selepas bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan raya umum Malaysia ke-15. Barisan Nasional memenangi 17 kerusi manakala PH memenangi 8 kerusi. BN dan PH berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 4 kerusi.