Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-2

Dewan Negara, Parlimen Ke-2
Parlimen pertama Parlimen Ke-3
Gambaran Keseluruhan
Bidang kuasaMalaysia
Tempat mensyuaratBangunan Parlimen Malaysia
Tempoh18 Mei 1964 – 20 Mac 1969
Pilihan rayaLantikan oleh Dewan Undangan Negeri & Yang di-Pertuan Agong
Dewan Negara
Ahli-ahli50 (2 November 1963 - 30 Julai 1964)
60 (30 Julai 1964 - 8 Ogos 1965)
58 (bermula 8 Ogos 1965)
Yang DipertuaAbdul Rahman Mohamed Yassin (sehingga 31 Disember 1968)
Syed Sheh Barakbah (hingga 5 Februari 1969)
Mohamed Noah Omar
SetiausahaAhmad Abdullah (1962-1969)
Lim Joo Keng
Kawalan partiParti Perikatan
Sovereign
Yang di-Pertuan AgongTuanku Syed Putra Jamalullail (hingga 20 September 1965)
Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Sesi
Pertama19 Mei 1964 – 31 December 1964
Ke-225 Mei 1965 – 28 Mac 1966
Ke-314 Jun 1966 – 11 Mac 1967
Ke-413 Jun 1967 – 7 Mac 1968
Ke-55 Jun 1968 – 26 Februari 1969

Berikut merupakan senarai ahli Dewan Negara bagi Parlimen Malaysia. Terdapat 50 orang senator (28 orang dilantik melalui dewan undangan negeri dengan dua senator bagi setiap negeri, manakala 22 orang yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong) pada permulaannya, dan meningkat kepada 60 orang senator (28 orang dilantik melalui dewan undangan negeri dengan dua senator bagi setiap negeri, manakala 32 orang yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong) selepas 30 Julai 1964.

Jumlah keanggotaan berkurang menjadi 58 orang senator (26 orang dilantik melalui dewan undangan negeri dengan dua senator bagi setiap negeri, manakala 32 orang yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong) selepas pemisahan Singapura daripada Malaysia pada 8 Ogos 1965.