AgustaWestland AW159

AW159 Wildcat
Versi tentera laut Wildcat HMA2 pada tahun 2013
Peranan Helikopter utiliti, SAR dan ASuW
National origin United Kingdom
Pengeluar AgustaWestland
Leonardo (sejak 2016)
Penerbangan sulung 12 November 2009
Pengenalan 29 Ogos 2014 (AH1)
Pengguna utamas Tentera Darat Britain
Tentera Laut Diraja
Tentera Laut Filipina
Tentera Laut Republik Korea
Dikeluarkan 2009–kini
Dibangunkan daripada Westland Super Lynx

AgustaWestland AW159 Wildcat (dahulunya dikenali sebagai Future Lynx dan Lynx Wildcat) adalah sebuah helikopter tentera buatan Britain. Ia merupakan sebuah versi naik taraf Westland Super Lynx yang direka untuk berkhidmat dalam peranan medan tempur utiliti, mencari dan menyelamat dan peperangan anti permukaan. Dalam perkhidmatan Britain, versi-versi serupa digunakan dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja dan Tentera Darat Britain, dan mengantikan helikopter Lynx Mk.7/8/9 yang digunakan sebelumnya. AW159 juga telah ditawarkan kepada beberapa pelanggan eksport, dan telah dipesan oleh Tentera Laut Republik Korea dan Tentera Laut Filipina.