Agensi Remote Sensing Malaysia

Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) ialah sebuah agensi penyelidikan dan pembangunan (P&P) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE). Pada tahun 2008, MACRES telah dinaikkan taraf kepada jabatan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan nama baharu iaitu Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM). Manakala MOSTI pula telah disusun semula sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) pada tahun 2018. Pada 20 Februari 2019, Kabinet Malaysia telah meluluskan penggabungan Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dan Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA) untuk mewujudkan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).