Agensi Angkasa Malaysia

Agensi Angkasa Malaysia
Maklumat agensi
SingkatanMYSA
Ditubuhkan pada2019
Agensi dahulu
JenisAgensi angkasa
Ibu pejabatKuala Lumpur
PemilikKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI)
Laman sesawangwww.mysa.gov.my

Agensi Angkasa Malaysia yang disingkat sebagai MYSA, adalah agensi angkasa kebangsaan Malaysia. Pada 20 Februari 2019, Kabinet Malaysia telah meluluskan penubuhan MYSA melalui penggabungan Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dan Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA).