Agama Semitik purba
| Sebahagian daripada siri |
| Mitologi Timur Dekat purba |
|---|
Agama Semitik purba merangkumi agama-agama politeistik orang-orang Semitik dari kawasan Timur Dekat purba dan Afrika Timur Laut. Oleh sebab istilah Semitik lebih kepada kategori yang luas apabila merujuk kepada budaya, berbanding bahasa, sempadan istilah "agama Semitik purba" hanya anggaran sahaja tetapi ia tidak termasuk agama-agama bangsa "bukan Semitik" di rantau tersebut seperti Mesir, Elam, Het, Hurri, Mitanni, Urartu, Luwi, Minos, Yunani, Phrygia, Lydia, Parsi, Media, Filistin dan Parthia.
Tradisi Semitik dan dewa-dewi mereka terbahagi kepada beberapa wilayah: agama-agama Kanaan di Levant (termasuk agama Ibrani purba yang henoteistik dianuti oleh orang Israel, Yudea dan Samaria, serta agama-agama Amorit, Phoenicia, Moab, Edom, Amonit dan Sute); agama Sumeria yang diilhamkan oleh Assyro-Babylon di Mesopotamia; agama Kanaan Phoenicia Carthage; agama Nabatea; agama Ebla, Ugarit, Dilmun dan Aram; dan politeisme Arab.
Politeisme Semitik mungkin beralih menjadi agama tauhid samawi melalui dewa El, yang namanya "El" אל, atau elah אלה adalah perkataan untuk "tuhan" dalam bahasa Ibrani, kognat kepada bahasa Arab ʼilāh إله, dan bentuk kata ganti pasti الله Allāh, "(Tuhan)".