Aehobak

Aehobak
Aehobak selepas hujan
SpesiesCucurbita moschata
Kultivar
  • Seoulmadi
  • Bulam-sacheol
  • Miso
AsalKorea
Nama Korea
Hangul
애호박
Perumian Semakanaehobak
McCune–Reischaueraehobak
IPAsebutan bahasa Korea: [ɛ.ɦo.bak̚ ]

Aehobak (Korea: 애호박), juga disebut zukini Korea atau timun Korea, ialah labu manis berwarna hijau hingga hijau kekuningan yang boleh dimakan. Walaupun hampir semua skuasy musim panas ialah jenis Cucurbita pepo, aehobak tergolong dalam spesies Cucurbita moschata. Lazimnya digunakan dalam masakan Korea, aehobak mempunyai bentuk zukini, tetapi dengan kulit yang lebih nipis, licin dan isi yang lebih lembut. Ia biasanya dijual dalam bungkusan plastik kedap.

Kultivar zukini Korea termasuklah 'Seoulmadi', 'Bulam-sacheol', dan 'Miso'.