Adven

Musim Adven
Seorang akolit menyalakan lilin lingkaran Adven
Nama rasmiadventus
Juga dikenali sebagai
Adven
Diraikan oleh/di
Orang Kristian (Katolik Ortodoks)
Warna liturgi
Warna Ungu
JenisKristian
KepentinganPersediaan untuk sambutan kelahiran Yesus Kristus dan meningatkan untuk Kedatangan Yesus Kedua Kalinya.
UpacaraKebaktian gereja, melengkapkan kalendar Adven dan lingkaran Adven, sembahyang melalui renungan harian, menaikkan pokok Krismas, masa Pertobatan, menyalakan Christingle, memberi hadiah, pertemuan keluarga dan sosial lain Kaloring
BermulaBermula sebelum Hari Raya Yesus Raja Semesta Alam
Tarikh 202429 November
Tarikh 202528 November
Tarikh 202627 November
Tarikh 20273 Disember
KekerapanSetiap Tahun
Berkaitan dengan
Musim Krismas, Malam Natal, Anunsiasi, Epifani, Minggu Epifani, Pembaptisan Kristus, Puasa Natal, Kelahiran Jesus

Adventus (kata Latin bererti "Kedatangan" pinjaman terjemah παρουσία parousia; bahasa Inggeris: Advent, dimelayukan juga kepada Adven) ialah musim dalam pertakwiman gereja diamati banyak aliran Kristian yang ditunggu kemuncaknya pada hari Krismas yang difahamkan hari kelahiran ("datang") tokoh utama agama mereka Yesus di Betlehem dan "kedatangan semula" tokoh tersebut dalam eskatologi isi kitab Perjanjian Baru pegangan mereka. Tempoh ini merupakan permulaan tahun liturgi dalam Kristian Barat.

Istilah "Adven" juga digunakan dalam aliran Gereja Ortodoks Timur untuk amalan puasa mereka yang berbeza dengan aliran-aliran di Barat.

Amalan yang dikaitkan dengan Adven termasuk menjaga kalendar , menyalakan lingkaran , sembahyang renungan harian Adven, mendirikan pokok atau pokok Krismon, menyalakan Christingle, serta cara-cara lain bersedia untuk Krismas seperti memasang hiasan penyambutan, adat yang kadangkala dilakukan secara liturgi melalui upaca menggantung hijau. Setara dengan Adven dalam Kristian Timur dipanggil Puasa Natal, tetapi ia berbeza tempohnya dan amalannya, dan tidak memulakan tahun gereja liturgi seperti ia dilakukan di Barat. Puasa Kelahiran Timur tidak menggunakan parousia yang setara dalam kebaktian persediaannya.