Akolit

Akolit (bahasa Inggeris: acolyte) adalah salah satu jawatan dalam mazhab Kristian Gereja Barat yang bertujuan sebaga melayani meja altar iaitu membantu paderi dan diaken dalam melaksanakan perjamuan; termasuk membawa barangan perjamuan ke meja altar untuk disediakan sebelum misa serta melayani komuni baik di dalam ataupun luar sesi Ekaristi. Jawatan ini sendirinya dapat diduduki oleh seorang awam.

Peranan akolit sangat penting dalam sistem organisasi gereja mazhab Barat - setiap calon diaken atau paderi harus terlebih dahulu menjabat sebagai lektor atau akolit, malah ada juga akolit yang berpeluang berkhidmat sebagai pegawai istana atau seitausaha Paus. Akolit juga boleh mentakhtakan Sakramen Mahakudus dalam situasi darurat; namun, mereka tidak boleh memberkati umat dengan Sakramen Mahakudus sepertimana yang dibolehkan untuk para paderi.

Jawatan ini dicatat sudah ada dalam gereja sejak abad ke-3 - ia pertama kali disebutkan dalam catatan sejarah di Roma pada tahun 251 M.