Adolf Strauss

Adolf Strauß
Generaloberst Adolf Strauß (kanan) di Rusia pada Jun 1941
Kelahiran(1879-09-06)6 September 1879
Meninggal dunia20 Mac 1973(1973-03-20) (umur 93)
Kesetiaan Jerman Nazi
PerkhidmatanTentera Darat
Tahun perkhidmatan1898–1945
Pangkat Generaloberst
UnitInfantri
ArahanTentera Darat Ke-9
PertempuranPerang Dunia I

Perang Dunia II

AnugerahKnight Cross of the Iron Cross

Adolf Strauß (6 September 1879 – 20 Mac 1973) adalah seorang Jeneral dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Seperti semua ketumbukan Jerman di Perbatasan Timur, Tentera Darat Ke-9 Strauß melaksanakan jenayah Perintah Komisar.

Selaku Panglima Kor II, Strauß terlibat dalam Pencerobohan Poland. Pada 30 Mei 1940, beliau telah dilantik Panglima Tentera Darat Ke-9 di Perancis. Strauß terlibat dalam Operasi Barbarossa bersama Kumpulan Tentera Darat Tengah. Pada Januari 1942 beliau telah digantikan oleh Walter Model sebagai Panglima Tentera Darat Ke-9 susulan dari kejayaan awal tentera Soviet semasa Pertempuran Rzhev berlangsung dan beliau dihantar ke Führerreserve (pegawai simpanan). Pada September 1944, beliau telah dilantik sebagai Panglima Besar Perkubuan Timur (Oberbefehlshaber des Festungsbereiches Ost). Pada awal Mei 1945 Strauss menjadi tawanan British dan pada Mei 1949 beliau telah dibebaskan. Beliau meninggal dunia pada 20 Mac 1973 di Lübeck.