Adolf Heusinger
Adolf Heusinger | |
|---|---|
Jeneral Heusinger dalam pakaian seragam Bundeswehr, s. 1960 | |
| Pengerusi Jawatankuasa Tentera NATO | |
| Dalam jawatan Disember 1961 – 1 April 1964 | |
| Didahului oleh | Charles Paul de Cumont |
| Digantikan oleh | Charles Paul de Cumont |
| Inspektor Jeneral Bundeswehr | |
| Dalam jawatan 1 Jun 1957 – 31 Mac 1961 | |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Digantikan oleh | Friedrich Foertsch |
| Pemangku Ketua Staf Am OKH | |
| Dalam jawatan 10 Jun 1944 – 21 Julai 1944 | |
| Didahului oleh | Kurt Zeitzler |
| Digantikan oleh | Heinz Guderian |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 4 Ogos 1897 Holzminden, Duci Brunswick, Empayar Jerman |
| Meninggal dunia | 30 November 1982 (umur 85) Cologne, North Rhine-Westphalia, Jerman Barat |
| Pasangan | Gerda Luise Krüger (k. 1931) |
| Anak | 2 |
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi Jerman Barat |
| Cabang/khidmat | Tentera Darat Imperial Jerman Reichswehr Tentera Darat Jerman Bundeswehr |
| Tahun khidmat | 1915–1945 1955–1964 |
| Pangkat | Generalleutnant (Wehrmacht) General (Bundeswehr) |
| Perang/Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
| Anugerah tentera | War Merit Cross Lencana Cedera 20 Julai 1944 warna Perak |
Adolf Bruno Heinrich Ernst Heusinger (4 Ogos 1897 – 30 November 1982) ialah seorang Jeneral Jerman yang kerjayanya menjangkau Empayar Jerman, Republik Weimar, Jerman Nazi dan Jerman Barat. Beliau memasuki Tentera Darat Jerman sebagai sukarelawan pada tahun 1915 dan kemudian menjadi seorang askar profesional. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Operasi di staf am Markas Besar Tentera Darat Jerman dalam Wehrmacht dari tahun 1938 hingga 1944. Beliau kemudian dilantik pemangku Ketua Staf Am selama dua minggu pada 1944 selepas perletakkan jawatan Kurt Zeitzler. Pada tahun itu, Heusinger dituduh terlibat dalam plot 20 Julai untuk membunuh Adolf Hitler, tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Rakyat.
Heusinger kemudiannya dilantik ketua pejabat kartografi tentera apabila perang berakhir. Selepas itu beliau menjadi Jeneral bagi Jerman Barat dan berkhidmat sebagai Inspektor Jeneral angkatan tentera Jerman Barat dari tahun 1957 hingga 1961 dan Pengerusi Jawatankuasa Tentera NATO dari tahun 1961 hingga 1964.