Abon (pelawak)
Abon | |
|---|---|
| Kelahiran | Sharizan bin Ahmad 8 Ogos 1960 |
| Pekerjaan | Pelawak, pelakon |
| Tahun aktif | 1990–kini |
| Terkenal kerana | kumpulan Osbon di Maharaja Lawak Mega |
| Anak-anak | 4 |
Sharizan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abon (lahir 8 Ogos 1960) merupakan seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau ialah antara seorang pelawak paling malar hijau (retro) di Malaysia. Mula berlawak sejak 1990 hingga kini beliau masih lagi laris muncul dalam banyak produksi terutama filem dan drama tempatan. Abon juga sangat digemari apabila sering muncul sebagai penghibur stand-up di majlis-majlis anugerah dan konsert hiburan. Beliau sering memainkan watak lelaki Jawa dalam persembahannya.
Beliau dan Mr. Os membentuk kumpulan Osbon telah menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011.