Abidin Ismail
Abidin Ismail | |
|---|---|
| عابدين إسماعيل | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Sungai Bakap | |
| Menyandang jawatan 6 Julai 2024 | |
| Didahului oleh | Nor Zamri Latiff (PN–PAS) |
| Majoriti | 4,267 (2024) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Abidin bin Ismail 7 Disember 1968 Sungai Duri, Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Pasangan | Fadhilah Mat Hashim |
| Pertalian | Zalina Ismail (kakak) |
| Anak | 2 |
| Ibu bapa | Che Rifiah Zakaria (ibu) |
| Kediaman | Taman Sungai Duri Indah, Sungai Duri, Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Ahli perniagaan |
Yang Berhormat Tuan Abidin bin Ismail (lahir 7 Disember 1968) merupakan ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi Sungai Bakap sejak Julai 2024. Beliau ialah ahli, Naib Ketua Bahagian Nibong Tebal, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (JPrD) Sungai Bakap dan Ketua Jawatankuasa Pekerja dan Kepenggunaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Nibong Tebal, sebuah parti komponen Perikatan Nasional. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Eksekutif Logistik USG Pribadian Berhad, Pegawai Khas kepada ADUN Sungai Bakap sebelum Nor Zamri Latiff serta Ketua Jawatankuasa Publisiti Nibong Tebal, Ketua Cawangan Sungai Duri dan Setiausaha Cawangan PAS Sungai Duri.