Abdul Ghani Gilong
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Ghani Gilong | |
|---|---|
| Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam | |
| Dalam jawatan 5 Mac 1976 – 27 Julai 1978 | |
| Didahului oleh | V. Manickavasagam |
| Digantikan oleh | Lee San Choon |
| Kawasan pilihan raya | Kinabalu |
| Menteri Kerja Raya dan Pegangkutan | |
| Dalam jawatan 1 Januari 1972 – 4 Mac 1974 | |
| Didahului oleh | V. T. Sambanthan |
| Digantikan oleh | V. Manickavasagam |
| Kawasan pilihan raya | Kinabalu |
| Menteri Pengangkutan | |
| Dalam jawatan 23 September 1970 – 9 Februari 1971 | |
| Menteri Keadilan | |
| Dalam jawatan 1969–1970 | |
| Menteri Hal Ehwal Sabah | |
| Dalam jawatan 1968–1969 | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kinabalu | |
| Dalam jawatan 1969–1978 | |
| Didahului oleh | Kawasan diciptakan |
| Digantikan oleh | Mark Koding |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 30 Mei 1932 Kampung Matan, Ranau, Borneo Utara British (kini Sabah, Malaysia) |
| Meninggal dunia | 6 Mac 2021 (umur 88) Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
| Tempat semadi | Kampung Silou, Ranau, Sabah |
| Parti politik | BERJAYA USNO UPKO |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pasangan | Halimah Ginsos Amisah Ibrahim |
| Anak | 8 (Halimah), 4 (Amisah) |
| Pendidikan | Sacred Heart School, Kota Kinabalu |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Tan Sri Abdul Ghani Gilong (30 Mei 1932 – 6 Mac 2021) merupakan bekas ahli politik serta negarawan berbangsa Kadazan-Dusun yang berasal dari Sabah, Malaysia. Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1932 di Kampung Matan, Ranau, Sabah dan merupakan salah seorang daripada empat penerima Anugerah Tokoh Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2010, berikutan jasa beliau yang banyak membantu kepada penyertaan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.