Abd al-Aziz ibn Musa
Abd al-Aziz ibn Musa ibn Nusayr (عبد العزيز بن موسى) adalah gabenor pertama di Al-Andalus, zaman moden di Sepanyol dan Portugal. Beliau adalah anak lelaki kepada Musa ibn Nusayr, gabenor Ifriqiya. ‘Abd al-Aziz ibn Musa ibn Nusayr memiliki sejarah politik dan ketenteraan yang panjang bersama-sama dengan bapa beliau.