Musa bin Nusair
Musa bin Nusair atau Musa ben Nusair atau Musa Ibn Nusayr (Arab: موسى بن نصير; 640—716) adalah seorang Azdi berasal dari Assir barat daya Arab Saudi yang berkhidmat sebagai seorang gabenor dan jeneral di bawah pemerintahan Khalifah Umaiyyah Al-Walid I. Beliau memerintah di wilayah Islam di Afrika Utara (Ifriqiya), dan orang yang bertanggungjawab mengarahkan penaklukkan kerajaan Visigoth di Hispania.